let's try to put yourself in the other person's shoes

aku : awat hang invi?
aku : tak aci gila

wis : hahahahaha

aku : angkatkening

wis : aku malas sikit malam ni

aku : eh?

wis : kalau tak invi
wis : nanti susah aku nak lari

aku : hahahahahaha

wis : hahahahahaha

aku : hang nak lari dari siapa?
aku : cuba cakap sikit

wis : dari ex aku
wis : aku takdak mood nak borak dengan dia malam ni
wis : sengihnampakgigi

aku : oh
aku : tak perlu borak kalau macam tu

wis : hehehe

aku : atau, hang rasa bersalah kalau available tapi tak borak?

wis : lebih kurang macam tu laa
wis : hahahahahaha
wis : pandai hang baca isi otak aku ek

aku : jelir

***

kalau mengikut keputusan kuiz personaliti yang aku pernah buat suatu ketika dulu (secara faktanya, pada umur limabelas tahun iaitu selepas habis peperiksaan pmr di mana aku duduk rumah sorang-sorang dan kau tahu tak, aku rasa sungguh bosan nak mampos masa tu), aku sukar untuk bersimpati terhadap orang lain kerana elemen empati lebih menguasai diri aku.

ok, apa beza simpati dan empati?

mengikut laman web rasmi pusat rujukan persuratan melayu, atau bahasa mudahnya, kamus dewan bahasa dan pustaka versi maya, simpati ialah perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. manakala empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

orang yang bersimpati tak semestinya empati.
nampak tak?

dan secara jujurnya, memang aku bersetuju dengan keputusan kuiz personaliti tu. in fact, masa aku tingkatan 4 di mrsm jasin/tgb, ada satu sesi kaunseling diadakan beramai-ramai pada waktu petang (yang mana masa tu memang le mengantuk baba) dan kami diarahkan menjawab inventori personaliti. untuk bahagian perwatakan diri dari sudut memberi pertolongan, aku cuma dapat tiga mata saja, yakni, ianya berada pada tahap yang paling, paling rendah. dalam erti kata lain, aku bukan jenis yang suka menolong orang. kawan-kawan aku yang lain, melangit-langit tingginya. ada tu yang dapat mata penuh, sepuluh per sepuluh.
kat sini, suka aku kaitkan dua perkara ; kalau seseorang itu mempunyai sifat simpati yang tinggi, tidak mustahil dia juga seorang yang suka memberi pertolongan. begitu juga sebaliknya. kan?
hei hei, ini pendapat peribadi aku ya.
dan memandangkan aku ni memang bukan jenis suka menolong orang, secara tidak langsung, rasa simpati itu amat sikit atau mungkin tiada pada roh ni.
urgh, apsal macam teruk je bunyinya?
ye, aku mengaku, aku jarang nak cakap kata-kata berupa simpati pada kawan-kawan aku.

even masa farah ada krisis dengan makhluk-makhluk kolej mara seremban, aku tak banyak cakap sebenarnya. memujuk tu, em, lagi la bukan...ye lah, aku mana reti bersimpati. aku lebih kepada empati. maka, pada petang tu, aku hanya katakan begini pada farah,

"aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya kat kau sebab aku tak pernah rasa apa yang kau rasa. mungkin, kau pun dah pernah dengar orang suruh kau bersabar. so, apa-apa pun, kau kuatkan diri. benda ni sekejap je. lama-lama, diam lah"

simple.

tapi, untuk kes-kes yang pernah aku rasa dan lalui, aku akan nyatakan apa yang patut. sebagai contoh, seperti apa yang aku berikan di atas - aku katakan pada budak kedah,

"atau, hang rasa bersalah kalau available tapi tak borak?".

sebenarnya, aku pernah lalui perasaan ni. hihihihi

see, inilah yang dikatakan empati.

sama jugak dengan keadaan fahd yang menyatakan rasa inferiority-nya untuk masuk aliran sains tulen (tolong doakan kejayaan beliau dalam PMR). aku faham maksud fahd tu. faham benar, sebab dua tahun aku alaminya sendiri kat mrsm jasin/tgb. sini aku cakap - selama dua tahun aku bergelar budak tgb, satu hapak aku tak faham subjek additional mathematic. aku dungu chapter intergration, function, differentiation, vector, linear law, permutations, combinations, ah, macam-macam la. aku dah le bukan bijak, itu aku sedar. dan dengan tekanan kiri kanan, aku pernah menangis tau hanya kerana aku tak boleh nak jawab soalan addmath walaupun SPM lagi beberapa bulan. agak pathetic di situ. dan emosional, heh.
masuk kolej, baru la aku faham menatang tu semua. haih, lagi pathetic kan?
well, otak aku memang lembab sikit bab-bab angka ni. bukan takat angka saja, subjek fizik dan kimia pun sama.

ammar kata, bahasa yang paling sempurna adalah bahasa matematik


jadik, apa point entri aku kali ni?

hakikatnya, aku prefer untuk bersama-sama mereka yang sekasut dengan aku. macam fun, tahu?
kita seolah-olah berkomunikasi dengan bahasa yang hanya kita-kita fahami. like a telephaty.
rather than being in a world full of manusia yang pura-pura tahu keadaan kita lalu menyatakan rasa simpati. lebih teruk lagi, mereka men-exaggerate-kan rasa yang mereka sendiri tak pernah rasa pun.
uff. tak suka aku.
daripada kau buat begitu, elok lah kau jadik tukang pacak dan dengar.
itu sudah cukup.

aku nak kasut merah lagi!


p/s [1] : enam helai lagi untuk kerja translasi. go bawang!
p/s [2] : kadar tekanan diri semakin menurun malam ni. yeah.


5 ulasan:

kak nina berkata...

menarik.

bawangmerah berkata...

kak nina,
which part is menarik? :)
anyhow, thank you

pja_chan berkata...

oh byk nye nak komen.

1. aku pon lg prefer org rsa empati kat ak dr simpati. somehow, bila dgr kata2 org yg empati dari org yg simpati, lbih mnenangkan, kan?

2. ari ni baru ak dapat beza antara 2 pkataan tuh

3. aku xigt lgsg yg kte pnah buat test tuh, ad sesi kaunseling secara beramai2 la hape la. haha. tp ble pk bnda tu je otomatik otak ak akn buat equation yg ber'sama dengan' mengantuk. haha.

4. add math bes kot! klu dlu ak tnsen xtau nak study ap ak study addmath la. walhal fzik bio sj (3 sub ak plg xske, bm ak xlistkan sbb cam xyah study je kahkah) berlambak2 lagi xpaham xhafal dan xreti haha.

caterpillar berkata...

si kecik.. lek r
one's food can be another person's poison kan..
so thats maths 4 people like us.

terima seadanya

d good thing abt that is a-level is the last math challenge.

n we kinda eded it wif victory in hand, right.

unless u choose 2 teach math this looong break. which i kinda did..

sometimes breaking out 4rm normalcy is what we need .

'things that doesn't kill u only make u stronger'.

bawangmerah berkata...

pja_chan,
1. yup, lebih menenangkan jiwa. takde sakit hati ouh.
2. oh, bagus lah. rajin-rajin baca kamus bahasa melayu. jangan bahasa jepun je :)
3. ngahahahaha ada la kita buat. tak silap aku, kau punya mata tinggi kott. tapi tak sure whether it was 10 over 10.
4. lain orang, lain taste kan? oppositely, aku suka sejarah dan bm walaupun agak mengantuk kan. tehehehe

nadzirul,
aha, aku dah tak mahu sentuh matematik lah. focus on language will be just enough for me. kau mengajar math? that is WOW.