***
panggilan telefon daripada zakiah tempoh hari masih terngiang.
"nanti you jangan lupa, datang majlis"
dan kad jemputan yang baru sahaja sampai di tangannya, dibelek berkali-kali. perkahwinan mereka meyakinkan dia akan cinta yang dulu terbina, masih kukuh lagi. zarul akan selamat bernikah dengan zakiah.
teringat suatu ketika dahulu - hari bahagianya. farah bagaikan bidadari. sungguh, sungguh farah kelihatan cantik dalam persalinan baju songket berkain putih. suci tampak di raut wajahnya, bagaikan ada nur yang mampu tenang-tenangkan gelora lautan di hati. tangan ammar mencapai bingkai gambar di atas meja. dia dan farah. masing-masing mengenakan persalinan warna yang sedondon. senyuman isterinya mendamaikan hati. ammar rindu menggunung pada farah.
dia pula mengeluh. dalam masa lima hari, majlis itu akan berlangsung. jemputan sudah diterima, melalui telefon. kad pula akan menyusul ke alamat baru rumahnya nanti. farah masih lagi memegang status isteri ammar. namun, itu hanya atas kertas sahaja. realitinya, seperti tidak lagi.
"nanti datang sekali dengan orang rumah" pesan zarul sebentar tadi.
nombor ditekan.
berharap kali ini talian disambungkan.
"hello, kak"
"aa..."
"buat pe tu?"
"ni ha, buat cookies sikit"
ammar kerut dahi.
tak dapat?
"ye ke...bestnya. em...kak, zarul jemput sya pergi majlis kawin dia"
"zarul nak kawin dah?"
nombor didial kembali.
"ok la, nanti sya tengok la apa yang sya kena buat. assalamualaikum. kirim salam abang is eh"
misscall (2).
"abang am?"
ammar putus asa. begitu juga farah. langsung talian tidak mahu disambungkan. engaged. penat farah menekan nombor ammar, namun tiada seperti yang diharapkan. ammar kali ini bersandar di kerusi.
'farah, mis u so much'
farah capai handphone.
dibaca sms itu.
matanya mula bergenang.
'abg apa kabar?'
ammar tekan-tekan keypad, membalas.
'sihat. farah?'
'farah sihat. abg jgn risau'
'abg slalu risaukn farah. farah duduk mane skrg ni?'
'tu abg xperlu tau. farah reti jge diri'
'farah kn istri abg. duit blnje abg dh masukkn dlm akaun'
farah terharu. sungguh, ammar tidak pernah abaikan tanggungjawabnya. nafkah tetap diberikan. tempoh hari farah terkejut besar apabila dia memeriksa akaun simpanannya. duitnya berganda.
'abg, abg bg byk sgt'
'xpe la..ntuk istri abg jugk'
'nnti istri abg yg lg stu tu?'
farah gigit bibir. tiba-tiba sahaja dia teringat akan peristiwa hitam itu.
***
"doktor ammar! datang pun. ingatkan tak datang tadi. kenapa lambat?" zakiah senyum mesra.
sempat juga dia melilau mencari orang rumah ammar, namun lagaknya ammar datang sendiri sahaja.
"trafic jam tadi. ada accident"
"owh? baru lagi ke?"
"tak. itu pun, nasib baik kejap je tersangkut"
"ok...em ni, mana orang rumah?"
"er...dia ada kerja sikit. tiba-tiba. tu yang i datang sorang. orang rumah kirim salam" ammar terpaksa.
"waalaikumsalam...so, jemput lah ye. i mintak diri dulu"
zakiah jalan perlahan-lahan ke arah zarul. ammar tersenyum. lega hatinya kini. satu beban sudah terlepas. cuma sekarang ini, dia mengharapkan farah akan memaafkannya.
"hello, kak. sya ni" tangan kiri memegang handphone, tangan kanan pula mencedok puding buah.
"sya sorang-sorang ni. dekat kenduri kawin zarul...haah. iye...eh, tak tau pulak. sya tak dapat pun? em...tengoklah dulu macam mana"
panggilan berakhir.
"farah..."
farah angkat muka.
ammar.
sejenak dia kaku.
wajah yang dirindui berada di hadapannya kini.
"farah!" ammar cepat mengejar farah yang tiba-tiba meninggalkan meja juadah. farah pula menyegerakan langkah ke arah kereta. majlis ditinggalkan.
"farah, please. dengar dulu abang nak cakap apa"
"abang..."
"farah, cuma sekali ni saja. tolong, farah" ammar merayu.
farah tarik nafas.
"ok" fikirnya, lebih baik perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
"kereta abang. have a talk at kings hotel"
farah akur. kaki bertukar arah menuju ke kereta ammar dan enjin dihidupkan, lalu dipandu ke jalan berpaksi ke bandar melaka.
"farah nak pesan apa-apa?" ammar sekadar bertanya. dia tahu, farah pasti degil tidak mahu memesan kala waktu setegang ini.
farah geleng.
"farah..." tangan ammar raih mesra tangan farah, lantas diramas-ramas lembut. farah membiarkan sahaja. sudah lama dia tidak merasa sentuhan sebegitu. namun, sesaat dua, malapetaka yang bertitiskan tanda hitam datang mencelah di balik-balik memori farah. farah pantas menarik kembali tangannya.
"abang, better we settle perkara ni cepat"
"i miss you..." perlahan kalimah itu dilaungkan.
miss you too...
"i love you..."
and i love-
farah tiba-tiba diserbu rasa mual. mual di tekak. mual yang bukan dibuat-buat. mual yang ingin memuntahkan sesuatu dari dalam perut. mual yang datang lagi. farah kerut dahi.
"farah?"
peluh terpercik. farah tidak boleh tahan lama. napkin di atas meja terus disambar dan kaki dipantaskan menuju ke ladies. sinki menjadi mangsa tadahan muntah farah.
"are you alright, my dear?" pertanyaan disua. ammar dipugut kerisauan. dia gastrik ke?
"yeah...i think so" farah labuhkan punggung di tempat duduknya semula.
"gastrik?"
"entah la. lately rasa tak sedap badan. pening-pening."
takkan lah...?
"jomlah, balik rumah kejap" ammar cepat putuskan.
"rumah farah jauh"
"tak kisah la. jom"
"abang, belok kiri nanti" tapi stereng kereta dipusing ke arah kanan, bukan ke kiri.
"abang, rumah farah belah kiri" farah sekali lagi menekankan.
"tak ada istilah rumah farah, rumah abang, ok? kita balik rumah kita"
farah melangkah masuk perlahan-lahan. tiada yang berubah. pondok kecil ciptaan dia dan ammar yang direndakan dengan hiasan cinta masih lagi seperti dulu, baik dari segi susunan perabot di ruangan tamu hinggalah di ruangan dapur.
"farah nak pergi mana tu?"
"tandas"
"tandas tetamu?"
farah angguk.
"kan dah ada kat bilik. guna toilet bilik kita. come" dan ammar memimpin farah masuk ke kamar utama.
"baju farah ada lagi dalam almari. abang simpan. you can change if you want. take this" tuala tangan disuakan.
"lega?" ammar terus bertanya apabila daun pintu tandas terkuak.
"em"
"tea?"lalu secawan teh beralih tangan.
"feeling better?"
"abang..."
"take a rest for awhile and-"
"abang"
"yes?"
"you don't have to do this"
ammar terhenti. riak muka berubah.
"i can take care of myself"
"farah-"
"abang, please. farah boleh. farah reti. farah tak nak mintak simpati abang. ada orang lain yang lebih perlukan perhatian daripada abang"
"orang lain?"
alunan muzik tiba-tiba mengambil ruang. serentak farah dan ammar mengangkat panggilan daripada handphone masing-masing.
"tak datang ke?" zarul bertanya.
"datang" farah memberi kata jujur.
"tapi i terpaksa tinggalkan majlis you" ammar menjawab.
"sebab tiba-tiba rasa tak sedap badan" farah menerangkan duduk perkara sebenar.
"orang rumah call, tu yang bergegas"
"owh...ye ke. sampai tak sempat-sempat zarul nak jumpa tadi" zakiah menyatakan.
"my wife nak jumpa kau, sya. tapi tak muncul-muncul batang hidung kau"
"sorry. serius tadi rasa mual tiba-tiba. kirim salam pada your wife ok"
"i'm sincerely sorry, zakiah. kirim salam pada zarul"
"zakiah cakap, tak sedap badan petanda orang baru nak datang"
"hahaha. mengarut lah kau ni, zarul"
"zakiah yang cakap"
"zakiah?"
"thanks for calling and selamat pengantin baru for both of you" ammar sempat mengucap selamat.
butang merah ditekan. talian akhirnya diputuskan.
"siapa?" dua-dua menyoal dalam masa yang sama.
"zarul"
"zakiah"
sekali lagi, dua-dua menjawab serentak.
"zakiah?" farah angkat kening. ammar mengangguk.
"jadik...yang dulu abang cakap..."
"iye..."
"and they...?"
ammar mengiyakan lagi. farah terpana. kebenaran terbentang seluasnya.
dalam pada itu, ammar terus mendakap farah dan mengusapnya dengan penuh kasih sayang. farah membiarkan sahaja. sejujurnya, dia rindu akan detik-detik terindah bersama suami tercinta. pelukan berbalas. air mata kini jatuh merintik di kedua-dua belah pipi. tiada kata yang mampu diucapkan. tiada lafaz yang mampu dizahirkan. mata sudah berbicara, hati tertaut semula, bara cinta menyala semaraknya.
***

p/s : hati aku belum lagi nak dicantum-cantumkan. sampai bila ye? :)
3 ulasan:
Salam.. dah epilog ke?
Hepi ending jugak yee.. dapat anak jugak..
Tahniah bawang. boleh jilidkan wat buku dah.. hahahah : )
setuju dengan caterpillar !!
chAiyok cik Bawang !!
-awis-
caterpillar,
:) terima kasih.
awis,
er...hang setuju apa dengan dia?
hahahahaha
Catat Ulasan