wasilah terakhir #5


***

'abang, where r u?' pesanan ringkas elektronik dilayangkan.

sejak pertelingkahan tadi, ammar hilang begitu sahaja. deruman enjin membuktikan ammar sangat murka dengannya. entah apa yang merasuk hati ammar, farah sendiri tidak dapat mengagak.

"haih..." keluhan dilepaskan. berat rasanya di kedua-dua belah bahu, hingga rasa tak tergalas oleh kudratnya. matanya sudah puas membengkak meluahkan yang terbuku.

'mana abang am pergi...'

TIT!

farah capai.
sms masuk.

'thinking of u makes me 2realize hw stupid i ws to let u go at da first place'

farah teliti.
tatap, lantas terus mencampak handphone kuat ke lantai. dek kerana meluat dengan tiap patah perkataan mesej ringkas tersebut, berkecai habis teknologi segenggam telapak tangan menjadi serpihan kecil. tiada lagi harapan untuk membaikinya, melainkan ia digantikan yang baru.

kunci kereta dicapai pula. farah buntu. petang itu, alam menyaksikan perpecahan antara adam dan hawa gara-gara wasilah yang pernah tercipta suatu ketika dahulu...

***

"excuse me doctor. tu gambar doktor dengan siapa?" pesakit ammar tiba-tiba sahaja bertanya perihal gambar yang tercatuk elok dalam bingkai kayu di atas mejanya.

sambil mencatat beberapa jenis ubatan, ammar menjawab mesra,

"yang ni? itu saya dengan kawan saya"
"namanya?"
"kenapa? em, nama dia zarul. zarul yazid. masa tu kami baru habis sekolah menengah"
"zarul ye..." berkerut-kerut muka pesakit itu, lagak seperti sedang memaksa memori lama memunculkan data dalam perisian benak.
"kenapa?" rasa curious bercambah sedikit dalam diri ammar, namun diselindungnya dengan lagak cool.

ammar senyum.

"sama sekolah ke?"
"eh, tak lah. saya ni mrsm taiping. zarul mrsm jasin"
"kemudian dia sambung study dekat kolej mara seremban?"
"haah. awak ni macam kenal zarul je?"

si pesakit tersenyum. tak silap lagi. benar kata orang, dunia ini sungguh minute!

"dia study biotech, right?" sesi soal jawab diteruskan.

ammar makin teruja, seolah-olah dia sedang bertanding dalam pop kuiz.

"nice to meet you doctor ammar. saya tunang zarul yazid" dan dia hulurkan tangan.

ammar terkedu namun sempat memaksakan tangan kanannya menyambut huluran walaupun dengan reaksi yang kabur-kabur.

"sorry? you kata you tunang zarul?"
"yes, zarul tak bagitahu?"
"tak ada pulak dia mention" ammar tersandar ke kerusi.
"owh. mungkin dia terlupa status dia. lagi-lagi nak sebut pasal i ni. memang takde la kan? well, ye lah, kalau dah jumpa kawan lama, anak bini mesti terlupa"
"hahahaha. pandai-pandai je awak ni"
"so, still contact dengan zarul?"
"yyup. awal kahwin hari tu, sempat jumpa dia sekejap. you duduk melaka ke?"
"tak lah. i duduk kl. tapi kampung melaka"
"owh...i see. jadik, both of you balik kampung sebab nak settlekan the majlis ke?"
"both?" zakiah berkerut.

"doktor ammar, ada phone call from...-" tiba saja pembantu ammar tersembul dari balik pintu.
"nisa, kan saya kata saya tak nak terima sebarang phone call"
"but doctor, it's from..-"
"nisa" ammar angkat tangan tanda dia memang 'sibuk'.

mendengarkan ketegasan ammar, si pembantu terpaksa akur meskipun si pembantu tahu, panggilan tersebut daripada farah. dia terpaksa menghampakan isteri majikannya waima panggilan itu didasari dengan alasan kecemasan. ini satu arahan.

"sorry about just now. ok, zakiah. these are your medicines. make sure you ambil on the right time. antibiotic has to be finished. em, by the way...bila majlisnya?"
"thanks doctor. owh, about majlis tu, insyaAllah dalam masa terdekat. jemput datang nanti"
"insyaAllah..."

menapak keluar dari klinik, zakiah mendail satu per satu digit.

"zarul, where are you right now?"
"gombak lah" sepatah penipuan dilancarkan.
"bukan melaka?" zakiah mula sceptical.
"no...i kat gombak la, sayang"

dan-dan itu, zakiah telan penipuan zarul.

di bilik rawatan pesakit pula, ammar tertunduk dan meraup muka. rambut yang sedikit jatuh menutup dahi, dikuakkan ke belakang. zarul dah bertunang?
tapi yang memelikkan rasa di hati ammar, kenapa zarul pintakan nombor farah malam semalam? dia nak buat apa?

"mungkin farah dah tukar nombor. kawan-kawan dia yang lain tak save nombor baru farah kott" ammar sekadar menyedapkan hatinya. husnuzon setepatnya.


"rul, aku keluar kejap. kau ada nak pesan pape?"
"tak ada rasanya. kau, tension ke mar?" doktor kamarul berbasa basi.
"tak adalah"

dan ammar memandu menuju ke jaya jusco.
dikerling waktu - pukul tiga.

'everything will be just fine, just fine'.

ammar sedaya mungkin cuba menenangkan resah di hujung tangkai hatinya. atau bahasa ringkasnya, mendenialkan apa jua perkara yang baginya, tak mungkin berlaku ke atas mahligai tercinta. pemanduan diteruskan dan melewati secret recipe, ammar seperti terpandang kelibat yang sangat dia cam. matanya tidak menipu. ini bukan logamaya sepertimana bintang matahari mahu menerik dan memanaskan langit bumi. dan dia sendiri, bukanlah separuh sedar atau dikhayalkan oleh mana-mana dadah bersifat analgesik dan psikiatri. maka, ya, dia sangat pasti akan imej susuk tubuh yang menujah kedua-dua biji mata kepalanya. lantas, pedal minyak ditekan, menyinga pedati ammar meluncur di laluan dan sekedip, menghilang dia dari kawasan itu. dia patah selera untuk berhenti singgah di secret recipe. nawaitu untuk memberi kejutan kepada si isteri sudah bertukar dengan ironinya ke atas dirinya pula. terkejut dan tersirap darah lakinya. jiwa bagai tersiat habis. perasaannya terguris dalam. luruh rasanya tak ubah seperti daun mapel yang terbang berguguran di bumi barat kala musim luruh mengambil tempat. punah dan bersepai hajatnya untuk membahagiakan isteri tercinta.

***

di kerusi taman, gadis itu mengeluarkan sesuatu dan kemudian beberapa biji pil ditelan, diselangi tegukan air mineral.

tenang. damai. tapi cuma sebentar. apabila fikiran mengenang kembali segalanya, dia menangis semahu-mahu. habis menadah air mata, dia melirik senyuman sendirian pula. lama-lama, menjadi satu tawa gila. seterusnya, dia mengunci suara. kitaran dilakukan. tangis, senyum, tawa, senyap. tangis, senyum, tawa, senyap. tangis...senyum...kemudian, tawa dan senyap.

awan perlahan-lahan berarak di langit. dia mendongak, awan berkepul dan langit tinggi menjadi gelap. itu tandanya hari mendung dan akan tiba saat nanti awan mahu memuntahkan isinya berpandukan titah Yang Esa. rintikan hujan pasti jatuh mengenai pipinya.

farah tidak berganjak, masih lagi duduk tidak bergerak. padanya, biarlah dia terkena hujan kali ini kerana tiada lindungan teduh dari suaminya lagi. biarlah dia menangis semahu mati, menitiskan kristal kesedihan yang bila-bila sahaja bercampur hilang dengan rintikan rahmat hujan nanti. guruh berdentum tapi farah tenang-tenang. tiada yang terlekat di kepala melainkan ammar, ammar dan ammar.

"abang, abang mana...i need you..." mengongoi dan mengongoi.

di taman serindit, farah keseorangan di balik hujan yang terus-menerus menghenyak tubuhnya.

"Allah!" tersebut kalimah dari mulut ammar saat guruh berderam kuat-kuat. ammar pandang ke luar tingkap hotel kings. hujan sangat lebat dan kala itu, dia teringat akan farah kerana dia kenal sangat astrafobia isterinya.

"AAA!" farah takup telinga rapat-rapat. ammar bergegas dapatkan farah.
"kenapa sayang?"
pucat lesi muka isterinya.
kilat sabung-menyabung diikuti guruh yang dahsyat bunyinya. seolah-olah alam sedang memberontak ke atas umat manusia.

TAP!
black out.

"abang..." bergetar suara farah dan bila ammar merangkulnya rapat, terasa betapa menggigil si isteri.
"sshh...it's ok my dear. cuma black out je" diusap perlahan-lahan kepala farah dan dicium ubun-ubunnya berkali-kali. kehangatan pelukan tercipta otomatis. ammar dakapkan dengan lebih erat.
"farah takut gelap..." esakan dilepaskan. pakaian ammar membasah.

DUMM!

"astaghfirrulahalazim..." lagi sekali guruh berbunyi. lenyap sekalian kenangan yang baru saja menjengah kotak memori. ammar segera mendail nombor farah. segala rasa ego dan marah diketepikan sejauh mungkin. yang penting sekarang ini, farah perlukan aku!

15 minit ammar cuba mendapatkan farah namun sia-sia sahaja. sesia seperti seorang lelaki yang mengheret naik sebuah peti ke atas bukit dan akhirnya, yang didapati hanyalah peti tersebut dipenuhi batu-batan saja. kerisauan memuncak. peluh jantan terpercik dalam kedinginan udara lembap dan kereta terus dipacu laju dengan hujan yang bercerau dan lebat.

setiba di rumah, yang ammar dapati hanyalah serpihan-serpihan handphone di lantai. figura farah langsung tiada. keseluruhan ruang sunyi sepi seperti alam sudah menarik habis jejak-jejak farah berserta baunya keluar dari istana puri suci itu.

ammar terduduk paku. hanya desiran hujan yang menemaninya. tidak sangka segalanya hancur begitu. hanya sebegitu...

ammar runsing. dijalan mundar-mandir perlahan-lahan namun terhenti tika panggilan dari telefon rumah menjerit-jerit.

"hello. boleh saya bercakap dengan encik ammar?" si pemanggil bersuara.
"iye, saya ammar"
"encik, sebenarnya..."

***


2 ulasan:

caterpillar berkata...

omaigoooodddd!!! cepatla next episode. dah macam soap opera dah benti part2 suspens... ko nih bawang... tensi aku.. dahla ngah klimaks nih..

cepaaaattt!!! next post!!!

bawangmerah berkata...

caterpillar,
hahahaha kelakar la kau nih.
relaks ok? :)