isn't it funny how time seems to slip away so fast

if life is so short, the moffatts.

***

mari senyum dulu.

:)

baiklah.
selamat pagi semua! apa khabar kalian pagi-pagi ini? harap Tuhan masih lagi bekalkan seinfiniti nikmat pada kamu, kamu dan kamu. aku, di sini, sihat zahiriahnya. cuma, batiniahnya, masih lagi nyawa-nyawa ikan. takpe, itu yang tersirat, tak nampak dek mata kasar. biarkan masa yang berperanan menyembuhkan segalanya. kalian doa-doa kan saja untuk aku ye?

mari senyum lagi.

hari ni, aku mahu tolak tepi soal melankolis. tak adil jika aku selalu saja mengheret emosi kalian ke dalam jiwa aku yang menderita. tidak elok menyiat hati yang lain, bukan?
maka, hari ni, aku berkira-kira mahu menceritakan beberapa perkara yang mampu buat aku melirik seribu satu senyuman suatu ketika dulu.

oh, kalian jangan terkejut. nampak saja penulisan aku mendayu-dayu sayu, tapi, andai ada rezeki ketemu dengan aku, jangan harap kalian boleh melihat wajah keruh seorang aku.
aku ini, bak kata farah, suka tertawa riang. katanya lagi, itu sudah sedia tumbuh menjadi personaliti aku. hahahaha
mungkin benar, mungkin benar. maklum saja, duapuluhempattujuh, sangat selalu aku pastikan wajah aku ceria bersama dia. tambah pulak dengan nama aku yang membawa erti "girang gembira". lantas, sudah tentu personaliti ceria adalah paling sesuai untuk aku. kan?

-

beberapa hari yang lepas, aku melewati beberapa foto berkisarkan kehidupan kolej. yaa...agak kerinduan rasanya secara tiba-tiba.
ok.
sini hanya ada lima foto yang terpilih untuk aku tampalkan dan bercerita.

sila kan.


18.09.08

tahun pertama di kolej mara seremban. masa awal perkolejan, walaupun aku punya kawan-kawan, aku jarang untuk keluar dari bilik. habis saja kelas petang, aku tidak akan ke mana-mana. waima ke taman depan sekalipun. bukan maksudnya aku antisosial, bukan...
cuma, aku terlalu takut dengan persekitaran yang baru. inferiority aku membuak, menyebabkan aku lebih memilih bilik daripada bertemu dunia luar. hinggalah satu petang yang indah, farah, mir, anis, shuhada dan namie, ajak aku untuk ke klana resort. terasa segan sebenarnya. aku ni siapa saja di mata mereka. tapi, ternyata, itu cuma perasaan yang tak patut bertandang. jelas, mereka peramah dan mereka itulah yang buat aku terlekat bersama hingga empat tahun (atau lebih) akan datang. satu perkataan untuk menggambarkan sepetang bersama mereka - fantastic!


24.11.08

akhir tahun pertama di kolej mara seremban. foto diambil ketika kolej rancak dengan peperiksaan. sungguh gerun untuk menghadap kertas-kertas sosiologi, sastera dan matematik buat pertama kalinya. kamu lihat, aku seorang saja yang memakai tanda nama. hahahaha
ye ye ye, aku agak menepati undang-undang kolej (baca: skema) pada tahun pertama. nama pun junior. masih innocent dan cute! KAHKAHKAHKAH


08.04.09

intensive revision program. itu kumpulan aku. yang duduk di sebelah aku, ammar-si-filosofis, di hadapan aku, nizar-si-penggoda-hati dan di sebelahnya, ayuni-si-matematik. semuanya bergolongan kidal, kecuali ammar. ketika ini, jujur aku katakan, aku tidak terasa bahang peperiksaan AS pun. aku sendiri kurang mengerti. selepas aku terhantuk dan terpaksa mengulang (repeat papers), baru aku benar-benar rasakan kenerakaan a-level. siapa-siapa yang katakan a-level cambridge adalah kacang untuk dikunyah, aku memang tabik awal-awal.


16.08.09

sudah aku katakan dulu, kami, budak-budak tesl, memang suka makan. makan, makan dan makaaannnn.
aku pun suka makan. ehhh, dah bayar. mesti la makan kan? nanti rugi tau.
ehe, tapi, bukanlah aku kisahkan sangat soal itu. apa yang lebih menggembirakan aku - suasana berkumpul ramai-ramai. seronok.
untuk foto ini, aku terpaksa duduk di atas beranda koperasi. kalau tidak berbuat begitu, tak nampak lah muka aku!
info : di kiri aku, hadi. di kanan aku, nizar. di depan aku, nadzirah.


06.09.09

di rumah miss julia untuk sesi berbuka puasa. aduhai, aku tak tahu mengapa aku terlampau beriya mengambil foto. mungkin kerana makanannya yang sedap. atau mungkin suasana rumah miss julia yang beraura horny homy. atau mungkin ianya bulan ramadhan, bulan sakti. aku tak tahu aku tak tahu aku tak tahu hahahaha
apa-apa pun, tika ini, aku kekenyangan sangat ~

-

kata abah, muka aku cukup excited bila bergambar.

"cuba tengok ni (sambil tunjuk gambar konvokesyen 2007 di dinding). yang ni (gambar raya) dengan yang ni (gambar raya juga). muka in semua excited"

"mana in tau...dah in suka senyum" dan aku terus menapak ke bilik air.

-

pernah kah kalian dengar pepatah ini,

gambar selalu menipu

well, dunia sekarang sudah maju sangat. teknologi canggih-canggih. tengok saja software-software yang ada di pasaran. semua tu, dengan beberapa klik dan kepakaran, boleh mengubah foto-foto untuk tampak lebih lawa.

kira menipu la kan?
tapi, tak boleh dinafikan dengan pepatah ini pula,

gambar mengecat seribu perkataan

ah, sungguh benar!

-

p/s: untuk entri yang ini, ada siapa-siapa yang tersentap kah? jangan merajuk lama dengan aku ya. aku cuma beri amaran, itu saja :)


10 ulasan:

Muhamad Zaki Zafir berkata...

ko tesl eh? aku baru tau..hehe.. =)

bawangmerah berkata...

muhamad zaki zafir,
hahaha yup.
takpe, better late than never kan? :)

HE berkata...

dak gemok!!
dak gemok!!
dak gemok!!
dak gemok!!
dak gemok!!
dak gemok!!

bawangmerah berkata...

hairman,
siapa? siapa? siapa?
kau? hahahahaha

HE berkata...

kau!

bawangmerah berkata...

hairman,
banyak la kau! ahahahaha
takpe, nanti aku dah keding, jangan kau terkejut pulak :D

HE berkata...

xpenah nmpak ko keding~~

bawangmerah berkata...

hairman,
satu hari nanti, man. satu hari nanti. kau tunggu saja satu hari yang bakal tampak aku keding hehehe

Ainnudin Asyraf berkata...

Dear cik bawang,

Aku pun rindu gak kolej. Kadang2, aku jeles tgk budak2 tesl.

a)Korang rata2 amat rajin.
b)Cikgu korang selalu belanja makan. hehe.
c)Aku minat socio. Budak engine tak belajar socio. haish....
d)Kelas tesl ramai gadis. Semangat belajar naik secara exponential. Haha =P

Apa2pun, kms tu bangunan ja buruk. Warga kms buat life kat kolej tu jadi super awesome.

bawangmerah berkata...

ainnudin asyraf,
hahaha jealous? itu kelakar ok.

a) kau pun rajin jugak. rajin jogging :D
b) cikgu kau?
c) wooo...buku sosiologi kami tebal tau
d) HAHAHAHAHAHA macam la kelas kau tak banyak gadis

oh yes. true enough bangunan dia ancient nak mampus. but, yup, you've got a point there, dude.