kalau rujuk pada entri ini dan sila baca responsi si budak jepun, dia ada request aku untuk upkan satu riwayat berkenaan asal-usul nama aku - bawangmerah. agak dah lama kau request, baru sekarang aku nak tulis kan? hihihi maaf lah, sayang. i tengah sibuk edit wasilah terakhir kott? so, you maafkan i ye, yang? lagipun, pepatah inggeris pernah menyebut - better late than never. dan muka you sangat comel kalau you maafkan i tau.
so, sebelum aku proceed, biar aku khabarkan pada kalian bahawa aktiviti aku sejak akhir-akhir ni (selain meng-edit wasilah terakhir, makan, tidur, berhadas dan kemas rumah) ialah ber-chatting. ye, ber-chatting atau bahasa mudahnya, bersembang di alam maya. aku dah cuti lebih dari lima bulan, kau tahu? dan tahap kebosanan aku sudah cecah level sepuluh. ini kalau main game super mario, dah berapa banyak raksasa aku jumpa dan entah dah berapa kali aku selamatkan tuan puteri. heh. punya la aku bosan, ya rabbi. bosan sampai aku berani bersembang dengan strangers! wohohohohoh
tapi, bosan-bosan aku pun, aku dah sempurnakan beberapa kehendak aku (which are actually tak seberapa pun. tak perlu aku sebut di sini). jadik, aku bersembang dengan ramai manusia yang datang dari pelbagai corak warna latar kehidupan. ada yang sudah bekerja - jurutera, polis, pegawai kerajaan, pilot - dan ada yang sedang belajar lagi dalam jurusan - pengiklanan, kejuruteraan, perubatan - dan tak lupa, seorang yang belum bersunat lagi, baru berumur sebelas tahun. kau tengok, sebelas tahun tuuuu! kalah aku, sebab aku start ber-chatting umur limabelas tahun. itupun lepas habis pmr. ceeiitt. budak zaman sekarang. ish ish ish.
seperti biasa, bila bersembang ni, tak lain tak bukan, mereka akan bertanya a/s/l. adeh. punya la oldschool term tu. masih lagi digunakan rupanya. aku pun, layankan je lah. sekarang ni, terasa sedikit fun sebab aku boleh jawab macam ni,
20 f melaka
kalau dulu, toksah harap lah. siapa je lah nak chatting dengan budak berlabel 15 f melaka?
look. aku tak menipu dalam chatting ok. because aku percaya, chatting ni serupa macam kau berkenalan dengan orang lain. bezanya cuma kau tak face-to-face with the person. that's all. dan sesi perkenalan sungguh tak elok dimulakan dengan penipuan. that's my rule. well, bila dah tanya a/s/l segala bagai, ramai tanya aku - nama you apa ye?
aku dengan selamba badak jawab - bawangmerah.
yes, lots of them, out there, won't believe me until i show them the proof. nasib baik aku ada dua foto tu. ada yang redha bila aku berikan bukti dan tak kurang jugak, ada yang degil dan tak puasa hati dengan aku.
tak habis-habis persoalkan - takkan nama you bawangmerah? you, cakap la, nama betul you apa? mak you panggil you nama tu ke? dalam ic, nama you apa? bla bla bla
manusia yang macam ni - yang suka mendesak aku, yang suka memaksa aku, yang suka melemaskan aku, aku kirim salam awal-awal dan takkan melayan. sebab apa? sebab kau membosankan.
ala, ikutkan, semua-semua yang aku chatting tu, semuanya membosankan. maka, berganda-ganda lah level kebosanan aku. mungkin sudah cecah level limabelas sekarang ni.
kott.
berbalik pada topik asal.
baiklah.
ingat lagi era friendster dan myspace? aku tak daftar myspace buat pengetahuan korang. bagi aku, myspace tak fun. hahahaha
maka, aku memilih friendster yang berjiwa comel.
tiba saat dalam satu tempoh ni, aku punya hormon menggatal nak tukar-tukar nama kat profail. macam-macam aku pernah guna; daripada budak eskimo, budak iglu, tukang kayu, dan entah hape-hape lagi. punya la hingus tak hingus waktu dulu. tapi tetap cute kan? dan akhir sekali, aku pilih bawangmerah. ye, aku tulis "bawang" dengan "merah" dekat-dekat, takde jarak. itu trademark aku (pergh, trademark la sangat! kahkahkahkah).

aku guna nama tu sampai lah aku nak masuk kolej. kalau korang ingat lagi, rangkaian friendster ada menyediakan perkhidmatan mencipta kumpulan (group). sebelum mendaftarkan diri ke kolej, hosni ciptakan satu group untuk budak-budak yang bakal bergelar pelajar kolej mara seremban. international baccalaureate dan a-level, dua-dua campur. group ni bertujuan untuk menyampaikan seberapa banyak informasi tentang kehidupan kolej di samping berkenal-kenalan dengan wajah-wajah baru. kau tengok, punya la semangat nak masuk kolej, sampai buat group kott! hahahahaha
dari group ni lah, aku kenal seorang budak tesl. nama dia nadia. tapi, dia guna nama samaran bone. sekarang, dia buat jurusan lain dan walaupun dia dah quit tesl, dia tetap kawan aku. nadia ni agak kecoh. memang fun lepak dengan dia ouh. well, aku takde la skema sangat nak panggil dia nadia. so, aku panggil dia - boney (sebut : bo-nei). kitorang berkawan secara maya selama lebih kurang sebulan dari tarikh mendaftarkan diri di kolej.
jejak saja kawasan kolej, aku teruskan langkah ke bangunan razak. kat situ, aku daftarkan nama, pastu masuk ke ruangan heksagon. dan tiba-tiba, terserempak dengan si boney ni. terus dia sapa aku - "bawangmerah~!"
adeh.

bermula dari situ, budak-budak tesl perempuan, panggil aku "bawangmerah". disingkatkan lagi, dorang panggil aku "bawang" je. tak lama kemudian, budak-budak tesl lelaki panggil aku "bawang" pulak. sampai satu tahap, dorang tersasul sebut nama "bawang" depan miss nina. lama-lama, miss muna pun panggil aku "bawang" jugak. sama dengan miss zalina, dia pernah tegur aku dengan panggilan "cik bawangmerah" sebab dia ternampak aku tulis nama tu menggunakan pen merah dekat handout puremathematic. lastly, end up budak-budak floor blok aisyah panggil aku "bawang" dan merebak ke budak-budak international baccalaureate.
yang paling tak boleh bla, ada seorang budak international baccalaureate ni, secara tak langsung, mengaku yang dia tak tahu nama sebenar aku pun.
dia tanya, "nama awak sebenarnya apa, bawangmerah?". tu diaaaaa!
dan lebih tak boleh bla, ada seorang budak lelaki jurusan kejuruteraan ni, pernah panggil aku dari belakang dengan nick aku tu masa kitorang ada kem JPAM. aku tak pernah cakap dengan dia pun dan agak memusykilkan dia boleh kenal aku hanya melalui nama "bawangmerah". but i bet, he never knows my real name kahkahkahkahkah
sebelum aku hentikan penulisan aku, alang-alang kita dah bercerita tentang asal-usul nama kan, aku nak buat satu pengakuan kat sini. kepada budak-budak tgb, aku sebenarnya, tak pernah suka kamu kamu semua, panggilkan aku dengan nama "pain". seriously, aku tak suka. ada sorang dua aku dah pernah tegur kat talian yahoo messengger, tolong jangan panggil aku "pain". aku dah lama nak bagitahu kalian. tapi, aku tak tahu macam mana nak mulakan. kalau kamu kamu semua sedar, perkataan "pain" tu (walaupun disebut "pa-in"), boleh jugak dibaca sebagai "pain" (kesakitan). aku tahu sebutannya tentulah bukan "pain" (kesakitan) melainkan "pa-in". still, aku tetap tak suka. yes, i seriously detest whenever people address me with that kind of name. you can call me "bawang", "bawangmerah", "farahin" or "in" (yang "in" ni, aku nasihatkan, jangan gunakan lah sebab, yang tu hanya certain orang je yang aku benarkan), but never "pain". i hope you guys will be more understanding as well as respect my name. thank you.
:)
p/s: kalau kamu kamu semua ada nak betulkan nama, contohnya, nama kamu "hafizah" tapi aku panggil kamu dengan nama "pija" dan kamu sebenarnya tak sukakannya, boleh nyatakan di ruangan responsi. nama ni sangat penting. maka, aku akan betulkan pemanggilan nama kamu right away. cheers!
***
edit : aku terpaksa padam gambar budak jepun atas permintaan beliau. oh, siapa-siapa yang dah tengok, sila padamkan sekali bayangan beliau dari kepala anda! terima kasih :)
eh, budak jepun. maaf kan saya ye? *muka menyesal*
6 ulasan:
ok byk nye i nak komennnnnnnnn
1st, uuuu malu la uuu ltak muke i bsar2 kat blog u.tp kte dua tjuk simbol keamanan kan? hehehehhee.
2nd, ok skrg ak da tau knapa sume org pggil ko bawang. tp ak stil nak tnya, knapa ko plih bawangmerah bukan bawang putih atau halia serai ke daun limau blablabla
3rd, oh, saya antra org yg pnah ditegur di talian yahoo messenger. hmm i igt sume tu, so klu u prasan i ad je sbut in, atau farahin, tp i xpnah pggil u bawangmerah lg kan? hmmmm. cane ni u? klu xleh pggil nama yg biasa i pggil i nak pggil ape~ :( i mean pggilan yg bleh buat i igt i dgn u dlu camne ehe :p <3
4th btw i prefer lg org eja nama i 'pja' not 'pija'. lbih pndek dan nmpk lbih cute haha.
5th. sory la pjg plak komen.
6th. wlupun bgitu i nak ckp tq u~~~ sayang n rindu uuuuu ahhahahahahhahaa
7th. las2 las. otak tgh tepu ni study heh.
pja_chan,
kuuusssemangat! banyak kau komen, tapi don't worry. aku akan baca dan jawab satu per satu ok?
1. hehehe you malu ke? eleh. yang penting, you suka kan? kan? kan? i promote you kott. yup, kita dua tunjuk simbol keamanan. sangat cool!
2. oh, soalan tu pulak? aku simpan dulu ye. yang tu pun aku boleh up satu entri baru. kau ni bagus betul lah. penjana idea kahkahkahkahkah
3. ya, ya, ya. you tak pernah lagi panggil i bawangmerah. well, you boleh je panggil i farahin. atau, you nak panggil i nama "sayang", "honey", "dear", dan "yang"? youuuu, malu tau kalau you panggil i macam tu! hahahahaha
4. oh ye ke? ok ok. next time, i panggil you pja. no more pija pija (hu, jimat nak taip satu huruf hehehehehe)
5. eh, takpe. i like! :D
6. ehehehe you're welcome. tapi, kenapa ye you cakap thank you tu? i blur kejap. huhuhu
7. hahahaha nasib kau la pja~ apa-apa pun, all the best! :)
salam.. weh bawang, ko masih belom story lagilah apesal ko dipanggil bawang.
eg; ko suka makan bwg mentah2 ke, or, suke tenyeh bawang kat mata k, or suka seksa orang guna bawang merah ke,
or ade history disebaliknye..
cam kne samun mase potong bawang ke,
haa.. pembaca nak taw nih..
caterpillar,
em, kalau merujuk responsi kau ni, ianya sama dengan permintaan daripada pja_chan (rujuk responsi beliau pada nombor dua). ehe...tengok lah macam mana. aku akan pertimbangkan request kau ni :P
uih budak umo 11 tahun ko ber-chatting tu tak bersunat lagi ke?
lambat nya dia bersunat, ish ish,
hahahahaha
anonymous,
hahahaha standard kott budak darjah lima belum bersunat? hahaha
Catat Ulasan